Add floating follow and dashboar

Saturday, 17 June 2017

Green Grass

Salam Ramadhan fasa terakhir.

Tahun ketiga ber-Ramadhan di perantauan. Alhamdulillah.

Suatu hari di bilik komputer KKI, member Jepun aku (dia ni ada lah beberapa kali disebut dalam status FB aku, sayang sangat dengan dia dulu, tapi belakangan ni rasa makin menjauh), dia cakap, "Aku rasa hidup Yana sebagai student jauh lagi seronok daripada hidup aku."

Pastu aku terdiam. Tak tahu nak respon apa. Sengih kejap. Tapi dalam kepala aku, "You don't know how many times I'm thinking of su****e. You don't know my suffering."

Lepas tu aku terfikir, "Kenapa aku macam ni? Kenapa aku bajet macam aku lah orang yang paling sengsara dalam dunia?"

「隣の芝生は青い」
"The grass is always greener on the other side."

Bersyukurlah Diyana. Ingat lagi tak macam mana masa kecil time sekolah rendah dulu kau nak sangat pergi Jepun? Ingat tak macam mana kau dulu beriya sangat nak sangat pegang drum dan guitar at least sekali sebelum kau mati?


Bersyukurlah Diyana.

No comments:

Post a Comment