Add floating follow and dashboar

Friday, 5 May 2017

Drama

Assalamualaikum,

Cantiknya lukisan, macam gambar betul,
Cantiknya pemandangan, macam lukisan. 
Hidup yang penuh konflik, macam drama,
Drama yang penuh konflik, macam kehidupan.

Kelakar kan.

Btw,

Siapa pernah tengok drama Jepun yang bertajuk Operation Love(プロポーズ大作戦)?

Drama lama la, tapi aku sangat suka lagu yang keluar dalam drama ni iaitu "Ashita Hareru Kana" dan "Chiisana Koi no Uta".

Drama ni pendek katanya pasal lelaki yang balik ke masa lampau untuk dapatkan perempuan yang dia syiok. Langsung tak logik la tapi. Aku sakit jantung tengok drama ni sebab geram dengan dia yang pada pandangan aku, "tak menggunakan peluang dia untuk balik ke masa lampau dengan sebaiknya".

Sebenarnya dulu drama ni pernah disiarkan kat 8TV di Malaysia jam 15:00 hari Ahad. Masa tu aku kecil lagi, tapi dah start "gila Jepun". Tapi aku tonton drama tu lagi sekali, baru-baru ni juga. Aku dapat kesan perbezaan pendapat aku yang sekarang dengan dulu berkenaan ending drama tersebut.

Dulu: Nasib baik watak utama tu dapat akhirnya dengan perempuan yang dia nak sangat tu. Penat satu season drama cerita pasal dia undur masa.
Sekarang: Bukan main ada lelaki yang baik yang nak kat perempuan tu, dia pilih laki watak utama tu juga? Geram je rasa.

haha, tu je nak cakap.




No comments:

Post a Comment