Add floating follow and dashboar

Sunday, 30 April 2017

Tipuware

Assalamualaikum,

器が大きい人になりましょう。Utsuwa ga ookii hito ni narimashou.  
Mari jadi orang yang berjiwa besar. (tak silap aku camni la maksudnya)

Hampir 2 tahun status dalam Bahasa Jepun ni jadi status LINE aku. Tak bertukar. Sebab di Jepun banyak guna LINE, macam mana di Malaysia banyak guna Whatsapp, jadi aku minta maaf jika aku tak perasan mesej korang di Whatsapp (<-- alasan) 

"Jiwa besar" di sini, apa yang aku cuba nak jadi (2 tahun yang lalu masa aku setkan status tu) ialah 
  1. tak mudah ambil hati 
  2. senang hati dengan orang
  3. berlapang dada bila dilanda musibah

Aku harap ianya tak akan hanya jadi omong kosong. Sebab belakangan ni aku pantang banget, bila kena 無視(bluetick) bila aku tanya sesuatu kat group ke (terutamanya kalau benda penting yang aku perlukan jawapan segera), rasa macam darah tu ssupp! laju je naik ke otak. Kurniakan la kesabaran kepada kami ya Allah. 

Tapi kalau nak diikutkan, dalam kelas Human and Computer Interaction, sensei aku ada cakap lebih kurang beginilah bunyinya,

"Sistem komunikasi jika dilihat daripada 2 aspek; masa dan 空間(ruang), media sosial dan seumpamanya tergolong dalam kategori 非同期型(tidak serentak) dan 分散型(遠隔地間)(jarak jauh). Jadinya, ia merupakan salah satu kaedah yang menyokong komunikasi di antara pihak yang berjauhan dalam MASA YANG BERBEZA. Jadi, apabila kita di 既読無視(macam bluetick kot eh), kita tak patut untuk marah. Sebab ia sememangnya kaedah yang dicipta sebegitu. Tidak parallel waktunya."

ps;/  Utsuwa dalam Bahasa Jepun juga merujuk kepada bekas, dan ibu aku selalu bergurau sebut bekas Tupperware tak berapa nak Tupperware kitorang tu sebagai Tipuware. 
Disclaimer: Penggunaan kosa kata ni mungkin tak betul, aku tengah mood malas nak check sekarang.

Saturday, 29 April 2017

Tulip

Pi tengok bunga tulip di Heidy's Village bersama komuniti Malaysia di Yamanashi ♪

Cantik sangat, alhamdulillah. Bayaran masuk 510yen. Ni kali kedua aku pi tempat ni, sepanjang aku di Jepun.







Tapi macam sedih je, sebab semua orang asyik sebut nama senpai-senpai yang dah tiada di Yamanashi. Rindu katanya. Aku diam je la. Malas nak cakap apa-apa nanti terbergelinang air mata.

ps:/ We miss you guys sooooo freaking much, hope all of you are doing good! May Allah bless us all :)

Wednesday, 26 April 2017

Pertemuan

Assalamualaikum,

"Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan"

Aku sebelum ni tak berapa kisah, atau bersungguh sangat pun nak 見送り(hantar tengok?) rakan/senior yang nak berangkat daripada Jepun atau ke mana-mana yang lepas tu payah dah nak jumpa balik. Aku mengaku sebelum ni aku tak berapa rasa faedah nya pun. Tapi sejak sem ni, aku mula dengan 見送り senpai Malaysian paling otai tempat aku study sekarang, Ee dan kak Alia, then member foreigner saing sekali, Azra. Pastu, buatkan aku macam mula terbuka mata tentang 見送り ni. Lagi-lagi sebab Azra ni lain macam tau dia punya cara hargai friendship.

Masa time 見送り Azra, aku terlewat dan hampir tak sempat jumpa dia. Masa tu aku kayuh basikal laju-laju dan bila sampai kat station terus lari pecut(tak laju mana sangat pun la tapi). Rasa macam drama sangat ahaks. Dah hampir menangis dah, kalau lah tak sempat jumpa, konpem akan nangis punya. Tapi akhirnya sempat la huhu.

Benda-benda macam ni, yang mana kalau aku tak pi Jepun, dan encounter dengan orang-orang sebegini, mungkin aku takkan pernah tersedar akan kepentingannya pun.

Terima kasih Allah, aku selalu leka, selalu tak bersyukur. Tak perlu nak fikir dalam-dalam pun sebenarnya, banyak sangat nikmat yang Tuhan bagi. Cuma aku yang susah sangat nak nampak.

Tuesday, 25 April 2017

Omocha

Assalamualaikum.

Aku rasa mesti hampir semua orang pernah mengalami situasi macam ni kan masa kecil dulu;

Nak sangat sesuatu yang kita nampak (idk, mainan ke makanan kat pasar ke apa-apa), tapi tak boleh dapat, sebab mungkin parents kita tak nak belikan ke. Tapi sampai ke balik rumah nangis-nangis terkenangkan"nya". Berjurai-jurai air mata walaupun kita tahu ia bukan milik kita, haha. Tetiba nampak anak jiran sebelah dapat pulak, Allahu.

いくら頑張っても手に入れることができないものがたくさんある。

→ Sekeras mana pun usaha kita, ada benda yang kita memang tak kan boleh dapat.



  • ps:/ Sejak belakangan ni, aku rasa nak berazam nak jadi manusia yang kurang(tidak) berperasaan. Lagi-lagi sebab aku ni 泣き虫(cengeng) tak pepasal. Benda yang entah pape pun nak nangis. Tak paham dengan diri sendiri. Kadang-kadang tengah kelas pun tetiba teringat pasal sesuatu benda, mata otomatik berair. Tolonglaaaaa jadi matang. 


Thursday, 20 April 2017

Common Sense

Assalamualaikum,

"Common sense", perkataaan yang bagi aku bordernya berada dalam gray zone.

Contohnya common sense bagi seorang Jepun dengan seorang Melayu mungkin berbeza; pendek kata banyak lagilah faktor yang mempengaruhi pemahaman common sense bagi setiap individu.

Tapi kadang-kadang benda yang simple, macam:-

1) Jangan cerita tentang lauk yang dah habis kat orang yang baru sampai kat keraian@jamuan tu

2) Jangan cerita betapa bestnya kau pergi tempat yang kau memang dah pernah janji nak pergi dengan member kau tapi akhirnya kau gi tak ajak dia

3) Lepas habis makan kat restoran tinggalkan dalam keadaan yang "murni" takmo sepah-sepah

4) Tidak beretika untuk share/tweet/fb etc hasil seni orang lain tanpa memberikan kredit kepada orang tersebut


blabla...


eh, tengok tu, macam banyak lagi.. memang pun.
Pada aku, cara untuk meluaskan "kosa kata common sense" ni ialah untuk bergaul dengan pelbagai jenis manusia. Ganbarimashoune.

Sunday, 16 April 2017

Sudu

Assalamualaikum.

Aku macam dah mula paham bila generasi terdahulu kata yang generasi kita (aku) ni manja. Sebab aku pun kadang-kadang rasa macam tu; belakangan ni. Maklumat di hujung jari, dunia tanpa sempadan pun, masih ada yang tak mahu utilize dengan sebaiknya. Contohnya  benda macam:-

1) Tanya "Saya dapat result sekian-sekian, kos apa yang sesuai untuk saya?". Allahu.
2) Bila ada iklan pekerjaan di media sosial, ada yang komen "pm". Tanjat mak, ini bukan online sale, sayang oiii.
3) Dah terpampang details produk kat post tu, lepas tu komen "pm detail". Orang Malaysia memang sayang PM nya.


.... and the list goes on. Mainly tanya benda yang boleh kita usahakan maklumatnya sendiri. Cuba amalkan usaha dulu? Jangan semua nak kena suap. Ini aku cakap kat diri aku juga ni, maklumlah dah terbiasa kena suap daripada dulu. Sebelum disuap, cuba suap diri sendiri dulu.