Add floating follow and dashboar

Friday, 10 March 2017

Terus Terang

Assalamualaikum,

Selalu juga aku kata, ”Kalau tak puas hati cakap depan-depan la!”

”Kita diuji dengan apa yang kita cakap.”

Tapi hakikatnya, memang bukan senang pun. Lagi-lagi kalau ada penyakit over-thinking macam aku ni. Fikir takut sakitkan hati orang, kalau aku cakap benda sebenar.

Aku rasa aku tak reti nak menzahirkan ketidakpuasan hati, ketidaksenangan hati dalam bentuk yang betul.

Sekarang tengah nayandeiru (macam risau? tak tahu nak terjemah dengan tepat dalam BM) dengan 2 benda. Lagi aku cuba diam lagi aku rasa aku tipu diri sendiri.


Aku percaya yang kita memang tak boleh nak ngam dengan semua orang dalam dunia ni. Ada orang yang kita baru jumpa dah rasa ngam macam lama dah berkawan, ada yang kita tengok dia bernafas pun rasa tak suka, etc......etc....


I'm afraid of rejection.

I'm afraid of myself.

No comments:

Post a Comment