Add floating follow and dashboar

Tuesday, 1 March 2016

List Barang ke Jepun

Assalamualaikum.

Kepada kohai-kohai yang tak lama lagi nak datang Jepun tu kan, mesti sekarang macam-macam soalan yang bermain di minda gittew kan? Salah satunya mesti nak bawak apa gi sana? Maka izinkanlah hamba menjawab soalan ini melalui entri blog yang tak seberapa ini.

Ni pun aku ada rujuk senpai-senpai dan kengkawan, ada yang aku tokok tambah sendiri mengikut hawa nafsu. Jadi pikir-pikirkan selamat beramal huhu.


Dokumen

  1. Surat tawaran
  2. IC
  3. Kad bank. CIMB etc. Aktifkan dulu international setting ke pabenda tu kat Malaysia siap-siap supaya boleh cucuk ATM Jepun. Tapi tak semua ATM la, certain je dan kena caj dalam RM10 gitu, kalu tak silap.
  4. Gambar paspot. Aku rasa takdala banyak no gunanya cuma awal-awal tu untuk isi borang, pastu time nak mohon baito ke. Tapi ada je macam booth kat tepi-tepi jalan ke kat konbini ke daigaku ke untuk ambik gambar paspot.
  5. Fotostat paspot and IC parents. Ni taktau la asal time kitorang nak buat phone, orang Docomo tu banyak lak cekadaknya kata sebab tak cukup 20 tahun jadinya kena ada ambik copy paspot parents lah bagai. Sudahnya kitorang beli je phone kat Softbank. (walaupun mahal sikit lah) Maybe time korang ada promosi lain ke camna kan taktau la pulak tu. Ikut tempat pun boleh berbeza-beza jugak.
  6. Sijil JLPT haha ni kalau time nak baito ke boleh kot guna. Ichiou kalau ada apa salahnya bawa memberatkan beg ik3.
ni sejak belakangan ni ramai gak yang tanya sal sijil yg kena translate ke English kan? Time kitorang takda pun dulu, tapi aku sarankan kalau JPA suruh bawak tu better usahakan la bawak. Tak berani gak nak hasut korang supaya takyah bawak sebab nanti di masa depan takut guna ke kan. Sijil-sijil yang dapat dari sekolah boleh pi sekolah mintak depa tolong translate, sijil-sijil lain tu aku kurang arif la pulak, sorry tak membantu. Tapi rasa toksah la sijil persatuan, kawad kaki, pengawas bagai tu nak translate, yang cam sijil berhenti toka yang penting2 gitu. Tapi sekolah aku dia bagi dua versi siap-siap; Bahasa Melayu dan Inggeris, mungkin korang pun sama? 


Pakaian

  1. Baju sejuk (personally aku rasa tak perlu lah kot nak bawak berlambak-lambak, buat berat je kot. Kat Jepun boleh je beli dengan harga yang lagi best dan pilihan yang lebih meluas tapi terpulang kepada anda)
  2. Baju nak pakai pi kelas (t-shirt, kemeja)
  3. Baju raya. Nak pakai time raya la haha raya biasa jatuh time tak cuti sobs menangis sambil pi kelaih (hiperbola sat). Lagipun kengkadang ada cultural exchange lah bagai so inilah masanya kita menonjolkan keindahan busana Malaysia. haa gittew
  4. Pakaian solat. Telekung, kopiah, songkok, sejadah etc
  5. Glove. Ni aku rasa penting sebab aku masa first (sekarang pun) memang tak tahan sejuk gila babs sebab tak biasa lagipun kot eh, memang gigil-gigil. Padahal senpai kata masa tu kalau diikutkan tak berapa nak sejuk manapun.
  6. Tudung. Bawak setakat yang pakai jela kot. Yang bergaya bawak gak la untuk special occasion ke kan. Tudung sarung dan instant yang seangkatan dengannya juga amat digalakkan kerana sangat convenient gittew.
  7. Anak tudung
  8. Brooch dan jarum peniti. Bawak bebanyak sebab cam biasa natang ni suka nau hilang haha
  9. Kain pelikat/kain batik
  10. Handsocks
  11. Underwear dan seangkatannya


Alat tulis

Kalau kau kedekut macam aku, elok lah bawak dari Malaysia sebab harga kat sini mahal sikitlah (banyak berbanding Malaysia). Pemadam seketoi singgit lebih, haha kalau convert lah. Tapi biasa perangai suka convert ni memang kena hantam dengan senpai so jaga-jaga, kita convert dalam minda je sengsorang haha.

Tapi basically ada je dijual. At least bawak la sebatang pen hitam kot ada borang ke apa-apa yang urgent nak kena tulis.
Yang penting, bawak KALKULATOR. Sebab rasanya yang kita biasa guna tu tak dijual di Jepun. Kat tempat aku tak ada nampak pulak taktau lah kat tempat lain ada ke kan. Tapi ramai lah yang menyesal tak bawa siap-siap dari Malaysia.

  1. Pen
  2. Buku catatan
  3. Gunting
  4. Gam
  5. Selotape


Barang letrik

  1. Laptop. Sebenarnya beli kat Jepun ni depa kedekut nak bagi free gift apa semua so......
  2. Adapter
  3. Charger phone
  4. Phone Malaysia. Simkad tu kan kalau lama tak topup nnti kena terminate jadi boleh minta tolong orang di Malaysia topupkan ke, atau kau topup je sendiri pakai CIMB clicks. TAC biasanya boleh je, mesej TAC tu sampai dan kita yang terima mesej ni tak dikenakan caj pun dun wory.
  5. Hard disk. Penuhkan dengan movie dan drama  ceramah Dr. Zakir Naik dan seangkatannya sebab kat Jupun ni payah sikit nak download haram ni, depa ada law lah bagai.  
  6. Pendrive


Barang Urus diri

Eloknya dak, letak yang basic-basic dalam hand luggage. Sebabnya contoh cam masa aku, sebelum nak tunggu luggage sampai, tumpang rumah senpai, jadi untuk memudahkan semua pihak, barang-barang yang agaknya nak guna dalam seminggu dua tu letak dalam hand luggage and beg galas siap-siap.


  1. Pad
  2. Pantiliner
  3. Deodorant. Ni aku rasa penting sangat sebab den tak berkenan bona dgn deodorant Jepun. Dia cam tak berapa kuat kot haha. Mungkin sebab aku dah ada jenis yang biasa guna kat Malaysia jadi tak biasa bila tetiba kena tukar yang Jepun punya style.
  4. Pencuci muka
  5. Berus gigi
  6. Ubat gigi
  7. Sabun mandi
  8. Losyen. Nanti sampai Jepun mudah lah kulit nak kering so penting la ni
  9. Vaseline Petroleum Jelly. Aku beli yang paling basic punya, yang tutup biru tu sebab dia multifunction, boleh untuk kulit kering dengan lip balm terus
  10. Putik kapas
  11. Sikat
  12. Ketip kuku
  13. Bedak baby
  14. Spray. Kot lah nak bawak masuk jamban depa yang kengkadang takde washlet tu.
  15. Khuf. Stokin tebal pun boleh jadi khuf tapi lah kalu nak fefeeling ke Tanah Harom gittew beli yang kat mydin sepasang dalam RM14 tu pun apa salahnya


Footwear

  1. Kasut hitam
  2. Stokin. Tebal dan tak tebal punya
  3. Sneakers. Ni nanti nak berjalan carik barang penat gak nak pakai kasut hitam tu je haha
  4. Skin socks


Makanan

Part favourite iols.


  1. Serbuk kunyit
  2. Serbuk kentucky
  3. Sup bunjut
  4. Sos cili
  5. Kicap
  6. Budu
  7. Ikan bilis
  8. Perasa cam secukup rasa etc
  9. Mee segera
  10. Segala macam kiub-ayam, tomyam
  11. Serbuk santan
  12. Serunding
  13. Sambal instant


Yang botol kaca tu hati-hatilah nak bawak takut pecah. Aku dulu balut kain berlapih-lapih gak la. Nak lagi bijak, jangan beli yang botol kaca punya.

Buku

Aku rasa yang basic untuk subjek 微分積分 ke 物理(力学、電気)macam sangat bermanfaat lah buku AAJ tu. Lagi-lagi yang masa last-last nak EJU tu kot eh. Ada latih tubi Math, Kimia dan Fizik. (Sebenarnya gakka aku takdak Kimia tapi aku rasa cam member yang belajar Kimia ada kot guna sikit-sikit.) Aku tak bawak so pinjam member punya haha ada menyesal lah sikit sebab tak bawak.

Pastu aku ada gak bawak buku hijau bahasa Jepun yang N2 tu. Yang lain-lain handouts sebab aku malas nak simpan, tapi nak buang rasa sayang pulak, jadi aku simpan dalam bentuk digital- ambik gamba (takda scanner haha shouganai) pestu simpan kat Google Drive.


Lain-lain

  1. Sewing kit
  2. Pemotong kuku
  3. Al-Quran
  4. Mathurat
  5. Ubat basic. Contoh cam aku ada alergik tapi jenis main langgar je makan apa pun jadi kalau kena serangan alergik tu, ubat ni sangat lah penting sekali huhu
  6. Berus baju
  7. Duit Malaysia. 
  8. Pinggan mangkuk
  9. Sudu garpu
  10. Beg extra nak gi jenjalan ke
  11. acuan kuih muih ex: samperit, roti jala. Nanti time raya kena buat! :p


Harap bermanfaat. Nanti kalau ada suggestion untuk tambah ke silalah beritahu huuuu. (boleh bagitau secara anonymous ke kan kat ruang komen atau bagitau secara personal, ok? :D)


10 comments:

  1. mekashihhhhhh.. bawang merah kat sana takde keeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kengkadang ada tp kat Yamanashi dia rare sikit so mahal haha. biasa bawang besar(kuning) tu ada lah :)

      Delete
    2. so rasanya patut bawak ke tidakk haha

      Delete
    3. so rasanya patut bawak ke tidakk haha

      Delete
    4. klu aku malas je bwk, guna je bwg besar tu haha. ikut ko lah, kalau byk lagi space nak letak, apa salahnya kalau nak bwk pun haha

      Delete
  2. GoPro. Bagi yg suka adventure tapi malas nk bawak camera besar2

    ReplyDelete
  3. Phone malaysia bleh gune kt sner x??
    Ker kne bli phone kt sner jugak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply. boleh pakai. tapi kena beli sim yang bulan2 bil ikut kredit kad. untuk buat kredit kad, umur kena lebih 20 tahun (bergantung kepada bank juga kot, kalau yang dah birthday masa datang jepun mhkin lebih senang ^^)

      Delete