Add floating follow and dashboar

Sunday, 13 December 2015

Kansou Usrah Gabungan Kantou 2015

Assalamualaikum,


Kansou (Ulasan peribadi) Usrah Gabungan Kantou


"Seronok jumpa member lama tak jumpa. " "Makanan sedap sangat." Komen biasa yang memang dijangka keluar dari mulut seorang Pencinta Makanan. Jadinya ni takut lupa dan sementara masih fresh dalam otak, rasa nak share sikit la pasal apabendanya yang insya Allah aku dapat dari program 12 Disember 2015 ni.

BEDAH BUKU


A World Without Islam

First slot yang dihandle oleh Kak Hasni, “Bedah Buku”. Buku tu bertajuk “A World Without Muslim. ” Agak menarik kerana buku tersebut ditulis berdasarkan perspektif  seorang bekas anggota CIA (bukan/belum seorang Muslim).  Buku tersebut bukan bertujuan memprovokasi sebaliknya menceritakan sumbangan umat Islam terhadap dunia. Mungkin seorang yang tak berapa rajin membaca macam aku boleh masukkan buku ni dalam list untuk mula berjinak-jinak dalam dunia pembacaan ilmiah. 

MLM Dakwah

Dalam slot ni  juga rasanya ada disebut tentang bagaimana tanggungjawab kita setiap umat Islam untuk rasa betapa kepentingannya menjalankan "Kerja-kerja Dakwah." 
Menakutkan kan perkataan ni. "Dakwah."

"Apa nak dakwah orang, aku pun cam setan."

Saudara, saudari, nak tunggu perfect sampai bila? (cakap kat diri sendiri juga ni sebenarnya)

Dakwah ni kalau ikut pemahaman commoners (like me) mungkin boleh dianalogikan sebagai MLM. (Multi Level Marketing). Lagi ramai orang bawah lagi untung maa. Tapi kena sebar perkara betul lah. Karang instead of MLM pahala jadi MLM dosa pula. Na'uzubillahiminzalik.

Lepas tu, adalah dikatakan bahawa kengkadang kita cuba nak "menyampaikan" tapi rasa macam takda kesan pun. Bila terjadinya macam tu, Don't give up! Let's strive together! Remember, Allah tengok usaha bukan impaknya. Penting untuk tanam dalam hati yang hidayah milik Allah jadi bukan kerja kita nak nilai "hasil"nya.

RASULULLAH SEBAGAI IKON


Rasulullah Menangis

Next slot dihandle oleh Kak Arafah. Mula-mula tengok satu video kat Youtube pasal kisah yang menceritakan bagaimana Rasulullah tengah berkumpul dengan para sahabat, lepas tu baginda tanya, 

“Korang rasa siapa yang paling mulia sekali di sisi Allah?” (lebih kurang beginilah maksud pertanyaan baginda.)

“Malaikat”, jawab mereka. Yelah, depa mana buat dosa, lepas tu pulak asyik sembah Allah.  Mestilah mulia kan? Rasulullah kata betul, memang malaikat mulia tapi ada yang lagi mulia lagi daripada tu.

Dipendekkan cerita sahabat pun tekalah lagi, “Para Nabi dan Rasul”, “Sahabat Rasulullah”, tapi semuanya tak mengena.

Akhirnya Rasulullah  berkata “Wahai sahabatku, mereka yang mulia itu ialah manusia yang lahir jauh setelah kematianku nanti, tetapi mereka sangat cinta pada Allah. Mereka manusia yang tidak pernah melihatku, mereka tidak pernah dekat dengan ku  seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu padaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku, aku pun rindu kepada mereka.”

Sambil menangis Rasulullah cakap tu sehingga air mata sampai pipi ke janggut baginda.

Kita termasukkah?

Persoalannya sekarang, kita yakin ke KITA yang dimaksudkan Rasulullah sebagai golongan yang mulia tu? Secara jujurnya, rindu ke kita kepada Rasulullah? Contoh la, kita duduk asrama sekarang, tak dapat jumpa keluarga mungkin atas sebab jarak jauh dan sebagainya, mungkin sampai nangis kan sebab rindu kat diorang? Pernah ke rindu Rasulullah sampai tahap betul-betul macam tu sekali? Seriously,I admit that it may be a very difficult thing for us to miss someone whom we never even seen his/her  face.  

Lepas tu, Kak Arafah ada ulas sikit mengenai siapa idola dalam jiwa kita sekarang. Kita kan selalu dengar sirah-sirah Rasulullah; betapa berakhlaknya baginda dan sebagainya (pastu Kak Arafah suruh setiap sorang sebutkan satu sunnah Rasulullah yang simple.) 

Dari situ terasa sangat betapa diri kita umat akhir zaman ni duk taksub dengan hiburan, jadikan artis lah pemain bola lah jadi idola yang utama dalam diri. Camna tu? Segan juga lah bila muhasabah balik diri aku sendiri kan.


POLITIK RASULULLAH 


Agama + Politik = ?

Ni aku agak kurang jelas sama ada dikira sebagai slot ketiga atau sebenarnya cambahan kepada tajuk yang kedua tadi tu. Masih Kak Arafah yang handle. Kali ni kitorang dipecahkan kepada 3 kumpulan lepas tu setiap kumpulan bincang dan present apa ulasan tentang cara berpolitik Rasulullah.

Ok. Memula aku sendiri kalau sebut Rasulullah, benda pertama yang terlintas dalam fikiran aku ialah tentang akhlak baginda yang perfect. Tapi, jangan kita lupa betapa kredibiliti baginda sebagai pemimpin Islam.  Contoh huraian boleh baca kat link ni Kepimpinan Nabi Muhammad.

Tapi antara main point yang aku dapat tangkap ialah tentang bagaimana Rasulullah sendiri, seorang penyampai agama tapi dalam masa yang sama sangat berkredibiliti dalam bidang politik.

Kalau kita tengok situasi harini, tak kurang kita dengan kata-kata seperti "Jangan mancampuradukkan agama dengan politik." Cuba kita berfikir sejenak, di mana relevannya kata-kata ini? Lihatlah bagaimana rapinya baginda menyusun kepimpinan berlandaskan syariat Allah.

Anak Muda + Politik = ?

Begitu juga dengan senario anak muda kini yang semakin hilang minat terhadap politik bahkan mempunyai imej negatif terhadap POLITIK. Manakan tidak, dengar perkataan keramat ini sahaja terus hilang minat. Padahal politik ni bolehlah dikatakan salah satu sunnah Rasulullah!

Malahan, bak kata salah sorang member, Farah Hani, "Kalau takda politik ni, Islam takkan berkembang ke seluruh dunia cam sekarang ni, tersekat kat satu tempat camtu jelah."

Jadi lepas habis perbincangan, timbullah persoalan; Ya, kita berbincang pung pang pom pam tapi apa outcomenya? Apa yang kita sebagai anak muda, pelajar masa kini boleh lakukan dengan kapasiti diri kita sekarang? Cakap saja tak guna yedok?

Kesimpulannya: 


Lawan SERANGAN PEMIKIRAN! Kita sekarang diserang dengan serangan pemikiran oleh musuh Islam, secara halus. Jadi, penuhkan ilmu dan sebarkan ilmu tu sebanyak mungkin.

Kemudian, jalankan tanggungjawab kita sebaik mungkin; contoh kalau dah capai umur boleh mengundi, undilah. Jangan komplen banyak kalau diri sendiri pun malas nak terlibat dalam bendalah pemilihan pucuk pimpinan.

Wallahu'alam.

ps:/ Ini kansou personal daripada saya jadi sangat mohon maaf jika ada tertinggal point yang ingin disampaikan dan sebagainya.
Mohon doa sangat supaya kita semua dihindarkan/disembuhkan dari penyakit hati(riak, takbur, ujub etc).

Please, please, please, do leave your comments or contact me directly if you have anything else to add/correct. Looking forward for your "kansou" too!  :)



Circle of Hearts (maybe fingers?)










2 comments:

  1. dah kata please nak kansou, i bagi la. best sbb ada nama kita hehe. jk.. bagus diyana, banyakkan baca buku ilmiah n buat mlm dakwah k

    ReplyDelete
  2. dah kata please nak kansou, i bagi la. best sbb ada nama kita hehe. jk.. bagus diyana, banyakkan baca buku ilmiah n buat mlm dakwah k

    ReplyDelete