Add floating follow and dashboar

Monday, 23 November 2015

Sebab Kenapa Anda TAKNAK Masuk RPKJ



Assalamualaikum.

Pos ni aku tujukan khas untuk sesiapa sama ada diri sendiri atau adik beradik, sanak saudaranya yang ada niat nak mohon RPKJ, ataupun mendapat tawaran ke sana dan merasa ragu-ragu sama ada hendak menerimanya atau tidak.

Jadi....

Sebagai bekas pelajar RPKJ, aku senaraikan sebab kenapa korang TAKNAK masuk RPKJ.


1.   TAKNAK dapat biasiswa JPA

"Aku tak sanggup nak makan  duit rakyat!"
"Aku taktau la boleh guna dengan amanahnya ke tak duit rakyat ni"
#acahsat

2.   TAKNAK jauh dari keluarga

Contohnya aku, asal Pahang, Balik dua tiga bulan sekali je. Dapat pulak kakak usrah dan membe (dorg ni dah macam family kat sini) yang suka bagi makanan, Habis bambam! Musnah plan diet. Lagipun lepas masuk RPKJ nanti kalau ada rezeki lepas ke Jepun memang akan lagi jauh dari keluarga.

3.   TAKNAK ke Jepun

‘Terpaksa’ merasa hidup di Jepun. Adatlah ada benda yang akan buat tanjat gituu. Ada banyak juga yang seronok lah tapi.
"Taknak lah keluar Malaysia, sayang Malaysia, Malaysia the best. Tak nak tinggal kat tempat 4 musim. Tak suka salji."

4.   TAKNAK belajar bahasa asing

“Alah, takda guna semua ni. Buat pening kepala. Duniawi nya pun, belajar satu bahasa je cukup, martabatkan bahasa kebangsaan!”
Dalam masa lebih kurang 2 tahun, dari masuk zero kepada keluar boleh faham lecture subjek sains dalam Japanese, insya Allah.
Lagipun dapat tambah nilai pada diri terutamanya time cari kerja nanti, mestilah taknak kan?

5.   TAKNAK kolej kediaman berhampiran shopping mall

“Apalah, kita nak fokus study je 24/7, distraction! Duniawi, duniawi .”

Ada MidValley, kemudian dengan akses pengangkutan awam yang convenient, boleh ke SOGO, Times Square etc. Eee, tak bestnya.

6.   TAKNAK sensei (lecturers dan guru) penyibuk

Sibuk ambil ambil berat pasai kita, sibuk rajin bagi shukudai(kerja sekolah), kalau kita tak paham sibuk ajar berkali-kali. Sampai rasa nak nangis terharu. Kan payah kalau ternangis, hilang kemachoanku. Sebab tu jangan masuk RPKJ ni.


7.   TAKNAK beraktiviti dengan orang Jepun

"Malas la, tak suka berintercultural exchange. Semak, semak."
RPKJ selalu ada aktiviti bersama-sama pelajar yang datang khas dari Jepun sambil saling bertukar-tukar buah fikiran dan budaya antara dua negara.
Sungguh tidak menyeronokkan bukan?

8.   Bagi lelaki, pilihan mencuci mata/ jodoh  terhad

 Ni masa kat RPKJ ni kejap. 2 tahun je.  Pelajar perempuan sikit. Engineering nya pun, dik.Jangan  risau awek PASUM ramai cun-cun. #eh
 Tapi ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Allah, gittew. Engineer jangan kahwin dengan engineer.  #tetiba #gurausikit #janganmarah
Tapi kat Jepun sana gi lah engko cari bawak balik awek Jepun :P

There you go. Renung-renungkan, selamat beramal.
Ps:
      Takdir semua Allah yang tentukan tapi pilihan juga di tangan kita.
      So, make the choice that we won't regret in the future ;)
       Btw, sorry terkasar bahasa ke apa :p








No comments:

Post a Comment