Add floating follow and dashboar

Monday, 10 August 2015

Cara Untuk Hilangkan Crush

Assalamualaikum


Aku bukanlah ahli agama nak cakap pasal hukum bab-bab crush ni ke apa kan jadi kalau berminat nak tau, boleh visit blog Tarbiah Sentap (sebagai contoh). Kalau untuk aku, aku pikir sebab semak, yelah kalau ada crush ni kan kau sorang je tersengih-sengih stalk sana stalk sini (penat woih) tapi dia bukan tau pun. Dan pulak tu mengganggu jadual yang dah disusun. Mana taknya kot dah lekat kat skrin henpon tu menyetalk crush kan, tergendala terus kerja satu hari tu. (Based on experience kui3) Buang masa je. Sebab tu aku nak berkongsi tips ngarut sangat ni ikhlas dari sudut hati. Ni kalau bagi yang tak berkemampuan dan memang taknak kahwin lagi lah, kalau nak kahwin pi ajak kahwin sana, abaikan saja entri ini.

  •  Fikir masa.  
Bayangkan benda pekdah yang boleh dibuat instead of memikirkan crush yang tak ke mana. Bayangkan akibat buruk yang terjadi jika kerja bertangguh hanya sebab usha crush (yang entah perasan ke tak kewujudan kita)

  • Sibukkan diri dengan hobi baru.
Seperti menghafal al-Quran, bermain gitar, seni mempertahankan diri, berkebun, fotografi, haa suka hati lah. Supaya pale otak tu terfokus pada perkara lain sekaligus dapat melupakan cinta yang tak bertepuk sebelah mahupun dua belah tangan itu.

  • Gunakan imaginasi.
Kadang-kadang yang jadi tercrush ni sebab layanan orang tersebut terhadap kita yang telah kita salahertikan sebagai “gentleman” ke “baik” ke “ambil berat” dan sebagainya (malaih piker mari kita piker bersama-sama) Cuba ce try test bayangkan bahawa dia sememangnya bersikap sedemikian terhadap seeeemuuuuaa orang. Jadi tiada keperluan lah bagi kita melayan perasaan ke apa. Bayangkan situasi nya dengan penuh detail dan rasakanlah sakitnya tu di sini à kokoro. *evil laugh*

  • Marah diri sendiri.
Jangan lah sampai mencederakan diri sendiri pula. Contoh, “Ish, Diyana ni awat hg pi syioq kat Noh Hujan tu buat apa?! Hg bayangkan dia tu muda gilaa dah macam adik hg sendiri jangan jadi haruan makan anak!” Contohnya. Contoh je tau, I bukan pedophile yuolls. Dan aku yang lagi muda dari Noh Hujan senanya hewhew. (tumbuk muka bertubi-tubi dush dush) Cakap banyak-banyak kali. Amalkan setiap hari 3 kali sehari sebelum makan #eh

  • Jangan tengok rupa.
Mungkin lah kalau crush tu terjadi sebab kita tengok orang tu hensem/lawa. Pikir balik, kita muda lagi, umur masih sikit, lepas ni(kalau panjang umur) entah berapa ramai orang yang lebih menawan kacak bergaya yang kita akan jumpa. Setakat sikit ni pun dah tak leh control payah la. Nanti penat la asyik crush crush je manjang. Tunggu dah kahwin takkan baru pikir nak setia. Contohnya kahwin nanti masa umur 26, kita start suka usha-usha orang suka crush-crush ni umur 13 la katakan. Bayangkan habit selama 13 tahun, ingat senang ke nak ubah? 

  • Ingat Allah, doa pada-Nya
Ni patutnya letak first sekali sebenarnya haha. I know ni macam akan buat kita sengih mulut tersenget jap. I know I know pfftt. Nak share lah, ada satu senpai tu dia share kat pesbuk. Dia kata before kahwin dia selalu doa minta kat Allah supaya dia dilindungi daripada cinta kat lelaki yang tak sepatutnya sebelum tiba jodoh (lebih kurang begitulah).  Sebelum dia jumpa suaminya sekarang, dia pernah lah jugak rasa down, rasa tak laku sebab tengok rakan-rakan lain dah “berpunya” tapi bila dia pikir balik katanya mungkin tu salah satu cara Allah respon pada doa dia. Wallahualam.


Tips ni bukan sebagai nasihat (jauh sekali). Ni sebenarnya list untuk diri sendiri. Tetapi rasa macam nak share je di blog usang ini, suka hatilah. Bahaya lah asyik ada crush ni. Because it’s very contagious. We might find it hard to stop because whenever we go to new places we will tend to have new crushes. Then the cycle repeats itself. It will become an infinity loop just like when you’re using “for” or “switch” in c++ language kalau tersilap joukennya (ni kes tak move on lagi dengan keterukan exam programming lah ni T.T)  But, the point is I don’t see the habit as sth healthy.  We might find it hard to become loyal to our right ones in the future. So, I think we must put a full stop to this habit. Ja, ganbarou de wa nai ka!


Sunflower kat Heidy's Village, Yamanashi. Jemput lah melawat kampung Yamanashi kami wiwi :)

No comments:

Post a Comment