Add floating follow and dashboar

Thursday, 7 May 2015

Hidup Demi Tuhan? Maji de?


Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang dah tau kisah ni. Ah peduli apa, nak cerita balik juga.

Ada lah sepasang bayi kembar tapi tak siam dalam rahim bundanya. Kemudian yang seorang; aku namakan dia Along, bertanya kepada yang seorang lagi. "Weh, weh kau percaya tak nanti lepas kita keluar dari sini kita akan jumpa Mak?"
Pastu yang sorang tu tanya, "Mak? Kau percaya Mak tu wujud? Aku tak pernah nampak pun Mak. Kalau betul dia wujud, tunjuk bukti kat aku. Mana?" Peh, angkuh sekali jawapannya. Padahal dia makan semua ikut tali pusat ibunya. Duduk guling-guling pun dalam rahim ibunya, boleh dia tak percaya ibunya wujud?

"Aku rasa lepas kita lahir ni mesti ada dunia kat luar sana kan?", sambung Along. Jawab pula yang sorang lagi, "Ish, apa kau mengarut ni, lepas ni mana ada dunia lain dah. Ni lah dunia kita. Lepas ni kita dah tak wujud kot. Dah lah malas layan kau ni, baik aku sambung pusing-pusing dalam ni."


Macam tulah yang dikatakan analogi bagi mereka yang tak percayakan Tuhan. Aku sangat suka kisah ini, kerana itu aku begitu terkinja-kinja ingin mengkongsikannya bersama-sama rakan-rakan sekalian. Peh banyaknya kata ganda, kesalahan tatabahasa ni. Haha persetankan itu semua.

Setibanya aku di Jepun, aku di'serang' dengan maa, masih sedikit tetapi bagi kanak-kanak seperti aku, agak banyak juga, soalan-soalan berkenaan kepercayaan aku, kau dan kita.

Tapi aku nak share satu ni je dulu.. insya Allah.

Kebetulan sensei (guru) yang mengajar aku Bahasa Jepun di Yamanashi sekarang merupakan seorang penganut Kristian yang taat.

Sewaktu kelas, aku pun tidak berapa pasti bagaimana boleh menjurus ke arah persoalan "Apakah tujuan hidup anda?"

Simple saja soalannya. Tapi jawapannya sukar. Ku kira sensei tersebut yang melihat penampilan bertudungku telah arif benar bahawa aku ialah Muslim. Lalu dia berkata, "Saya merupakan seorang Kristian jadi, tujuan hidup saya adalah demi Tuhan, anda bagaimana?"

Jujur ku katakan hatiku berbelah bahagi. Tak mahu kedengaran terlalu alim. Tetapi dalam masa yang sama, aku terasa tercabar. Aku tidak suka tercabar tetapi tidak mampu menyahut cabaran tersebut. Aku jawab, "Demi keluarga dan Tuhan." Tapi aku berfikir sejenak, apa jawapan aku adalah benar-benar jawapan yang ikhlas? Atau sekadar satu refleks atas rasa ketercabaran? Kalau pun tercabar atas sebab apa aku tercabar?


Kemudian kedengaran suara kecil di belakang ku, "Hidup demi Tuhan?" Aku tidak pasti sama ada itu suara kekaguman, mengejek mahupun kaget. Dia juga merupakan pelajar dari luar Jepun seperti aku, dari China. Jawapannya sewaktu ditanya ialah "Demi kerja." Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi seseorang yang menjawab bahawa betapa belajar merupakan salah satu kaedah penyelesaian bagi stres untuknya. Benar, belajar bukan sekadar pada terma akademik.



Aku kagum sekali padanya.. tetapi hairan. Jika hidup demi kerja, setelah tiada kerja, misal nya pencen, apa dia akan membunuh diri? Bagaimana pula sekiranya ekonomi merudum lalu diberhentikan kerja? Tujuan hidup sudah tiada, untuk apa hidup lagi? Terjun bangunan saja lah. Janai?


Aku lihat juga beberapa mereka, cukup tegar mengatakan bahawa Muslimah kita are oppressed because we are 'forced' to wear this piece of cloth on our heads. What about them? Saat musim sejuk yang membeku sanggup pakai skirt pendek. Bila ditanya tak sejuk ke? Apa logiknya mendera diri sampai begitu sekali? Jawabnya, demi cantik. Demi cantik?! Pada aku itu menyeksa diri. Tengok kami dibalut kain yang ketika musim sejuk melindungi diri dari deruan angin salju manakala ketika musim panas pula melindungi diri dari terik mentari. Kau hado? Sori emo jap.


Tidak pasti mengapa aku berasa kesal.
Mungkin harus ku sadokan lagi hati?


Cop cop,

Kenapa cakap dengan blog weh? Cakap lah dengan 'target' kau tu. Tak berani eh? Pengecut gak kau ni yaa. Tapi niat menuntut ilmu bukan kerana untuk show off saja. Bukan sebab nak poyo kat nihonjin (orang jepun) mahupun rakan-rakan belum Islam yang lain.. Lillahitaala. Lu jangan sembang kencang. Semat di minda, paku di jiwa.




No comments:

Post a Comment