Add floating follow and dashboar

Sunday, 19 April 2015

合宿 (がっしゆく) di 愛宕山 (あたごやま)

Assalamualaikum,


Semalam tamatlah pengalaman pertama pi ala-ala camp kat Jepun. Sekali dgn dak-dak satu kos, komputer sains.

Paling terharu time alarm subuh bunyik member kejut, pastu kata "okite okite, oinori shite.."
Maksudnya "bangun bangun, pi semayang.."

Pastu dorg kan standard telanjang bulat bujur empat segi ramai-ramai time masuk ofuro, tapi dorg mandi cepat-cepat before lights off supaya lepas tu aku boleh berendam sengsorang dalam tu tanpa 'ditengok mahupun menengok'.

Pastu lunch, duk masak kari babi in groups, tapi aku diasingkan dengan group fasilitator (senior + cikgu), so dorg buatkan tumis cam sup sayur untuk aku, lepas aku dah ambik bahagian aku baru dorg tambah babi and rempah2 lain. Ninomiya-senpai baik gila duk layan ja aku borak dgn nihongo yg tak berapa difahami ni. Sobs

Banyak lagi la.. Toleransi diorang terhadap agama memang mengkagumkan. Tapi sepanjang yang aku tanya ni ada yg kata "Saya rasa ia merupakan perkara yg hebat bg seseorang yg mempunyai kepercayaan dan berpegang dengan kepercayaan tersebut."

Tapi kebanyakannya,

"Kesiannya, sehari sampai 5 kali kena sembahyang?"

"Eh, ini pun takleh makan ke? Biasa awak makan apa je?"

"Eh, time summer nanti pun awak nak pakai ke benda kat kepala ni? Summer Kofu panas gila tau."

Paling best,

"Awak dah hatachi (20 thn- usia yang dianggap telah dewasa di Jepun) kan? Dah ada bf? Dalam kelas kita ni ada tak sesapa awak rasa hensem? Pi lah borak dgn dia.. *siku siku* "

Err

No comments:

Post a Comment