Add floating follow and dashboar

Monday, 23 February 2015

Yamanashi + Jetjet Amanat untuk Kohai

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah kuor nya result masing-masing universiti mana. Syukur dapat seperti yang dimohon, Yamanashi. Tak tau la perasaan apa sebenarnya sekarang. Cuak la kot pasal rata-rata manusia mengatakan kat sana sejuk. Pastu tengok gambo yang senpai upload pun saljinya cam tebal je.. Aku dah la tak berapa berkenan sesejuk ni. Redha weh, dapat tu bersyukur! So sekarang aku dah tau apa benda wajib aku buat kat sana,

1.   Naik Gunung Fuji.
2.   Time musim panas pi Hokkaido. (time panas depa pun agaknya sejuk lagi kot bagi aku lolz)

.. and the list goes on dan akan bertambah insya Allah.

Flight aku second day, 23hb Mac 2015. Segan je nak suruh orang mai melawat aku, lagipun haritu hari Isnin hmm tak payah lah kot eh. Lagipun malam flightnya. 11 lebih.

Pastu sekarang kalau boleh nak isi masa lapang dengan menambah ilmu di dada. Pasai start cuti haritu tak cakap Jepun rasa berkarat keras lidah dah nak cakap. Particle で dengan に pun boleh konpius. Pehh bahaya dong kalau dibiarin. Matematik bab differentiation dgn integration tak yah cakap ah karatnya camna. Fizik kesayangan apatah lagi. Pastu course yang aku dapat ni nama Jepun nya コンピュータ理科 camtu kot. Aku pun tak tau sangat la sebenarnya apa yang aku ambik ni. Teruk en? Rasa nak lempang je diri sendiri. Senior kat Yamanashi ada sorang ambil kos ni tapi dah nak habis. Tahun keempat. Nantilah insya Allah aku borak dengan dia, kalau ada keberanian. Gap umur cam jauh tu yang takut gak nak bertanya. Dey, malu bertanya sesat jalan! Tapi masalahnya aku bukan nya malu pun nak tanya cuma takut hahaha.

Oh ya, junior katanya ada exam kimatsu kan next week? Good luck semoga dirahmati dan dipermudahkan Allah. Aku tak reti nak bagi tips apa sebab sendiri pun bukan power sangat tapi senang cite engkorang ngadap jela 対策 sensei kasi tu, buat sampai paham. Pastu formula yang agak-agak penting tu compilekan kat satu page ke satu kertas ke. Then, time hari nak exam baca yang tu je, tak payah nak jetjet bawak buku berat-berat dah pada hari kejadian kerana nescaya tidak sempat baca pun haha ya tulah hakikatnya. Okla tu je kot. Chow~

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment