Add floating follow and dashboar

Saturday, 17 January 2015

Alhamdulillah

Syukur. Sejak beberapa minggu dulu lagi tersebarnya ura-ura yang kata result sama ada dapat fly atau tak akan keluar pada Jumaat (semalam). Ternyata ura-ura menjadi kura-kura (eh?) maksud aku kenyataan. Alhamdulillah satu batch dapat fly. Cuma penempatan univ je taktau lagi. Tak dapat kat Yamanashi pun, tak da pilihan lain selain redha. Insya Allah, semoga dengan apa pun keputusan nya, Allah jadikan hati kami redha dengan keputusan tu.

Pastu kan, saat dapat tau semua orang lulus, macam-macam aksi, ada yang menangis, berpelukan kegembiraan (sesama jantina) etc. Aku pulak berdiri je sebelah board yang dia paparkan senarai nama yang dapat fly tu sambil tersenyum dan berdiri cam tunggul. Diam je. Taktau nak react apa. Rasa cam mimpi. Lama gak pastu baru 'anak first' aku → Hazira datang peluk aku. Pastu 'anak second' aku → Liyana Kami pulak. Tuje la. Pastu reramai ambik gambo.

Aku ni bolehla dikatakan suka mengapdet status kat fb. Tapi kali ni aku tak berapa yakin sangat nak post apa-apa pasal result. Sebab tetiba terfikir camna kalau post aku tu cuma 'terjadi' niat menunjuk-nunjuk ke cane kan. Lagipun kat home fb kan friends takda pilihan selain 'melewati' post kita kan. Jadi aku terpikir, kalau aku type kat blog, at least tak de ramai mana pun baca, selain yang baca tu pun bererti dia gigih untuk mengklik link lalu membaca juga blog ku yg oh sungguh bosan ini.

Terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru-guru, kakitangan pejabat, jpa, rakan-rakan dan semuanya lah. Tapi ini cumalah permulaan bagi sebuah perjalanan yang lebih dasatt lagi huhu. Ganbarou!

Alhamdulillah

*ditulis pada tarikh dapat result, terperam dalam draft harini baru reti nok publish hahaha*

No comments:

Post a Comment