Add floating follow and dashboar

Sunday, 9 November 2014

第二回EJU2014

Assalamualaikum. Tadi siang EJU. Alhamdulillah. Tamat. Tapi aku sedih. Sebab banyak tak boleh jawab. Tapi heran (tapi syukur) hati aku sekarang taklah rasa sgt sedihnya, maksudnya, sedih cam gila gila punya tahap sedih tu (mesti korang tak paham kan mende aku cuba sampaikan ni haha layaann~)

Aku rasa aku jawab yang first time punya EJU pun tak seteruk yang kali ni punya. Soklan Math, daripada empat soklan besonya, satu je aku boleh jawab. Tu pun tak habis. Puas aku perah kepala hotak ku ini tapi tak de hasil perahannya. Time tu aku dah usha-usha jam "haih startnya 2.50 tadi sekarang dah pukul 3.10 aku soalan part one pun tak habis lg aisehmen". Pastu aku pun mula lah proses menghentam. Kejadahnya hentam padahal baru tak smpi setengah jam berlalu? Pasal aku isshoukenmei belek-belek (sambil acah-acah try berfikir) blkg tengok yang part dua, tiga dgn empat lagi le aku tak reti! Masa tu mulalah pikir macam-macam. "Ya Allah, dosa benda aku buat smpi gini sekali efeknya ya", bebelku sengsorang.

Aku memang dah nekad, bukan separuh, tapi hampir 90% (mungkin lebih) aku taram.  Tetiba tengah syok menjawab (menghentam), penjaga periksa dua orang datang kt sorang membe sebelah aku. Aku buat dek je lah tapi usha jugak le sesikit. Tak tau secara jelas apa yang dicakapkan, tapi tetiba mata kawan tu membulat, dia bangun macam nak gerak keluar kelas, lepas tu macam mana tetiba terjatuh (tak sure pengsan ke apa). Alhamdulillah ada member tu (seat dia dekat dgn tempat jatuh member tadi) sambut. Kalau tak entah terhantuk dah kawan tu kat bucu meja ke kan. Kitorang yang lain ni, mau tak terkejut. Aku pulak tetiba entah kenapa mengalirkan 'air terjun'. Menangis. Aku pun taktau la pahal dah aku duk menangis. Dia cam keluar otomatik. Stres jawab+terkejut+macam-macam lagi fikiran pelik-pelik.

Sebenarnya subjek lain pun ada aku tak dapat jawab, tapi Math ni lain macam sikit frust dia, bagi aku. Sebab sekoman-koman pun masa first EJU dulu (dengan masa tu belum habis syllabus lagi) aku alhamdulillah dapat gak jawab separuh. Ni, langsung tak sampai suku pun.

Keluar dewan, dengar member lain pun kata susah, tapi bak kata-kata hikmah sorang lagi member aku ni, "budak AAJ ni kengkadang bukan boleh percaya, cakap je tak reti, kang result gempak je".

Jadi aku malas nak fikir apa selain tawakkal. Kalau selama ni aku selalu mohon kat Allah untuk dapat kaya, bijak etc benda keduniaan, mungkin kali ni aku patut start banyakkan doa agar aku jadi hamba yang merasa cukup dan bersyukur. Kalau aku pikirkan sangat benda lepas yang bernama EJU ni tak kemana pun aku rasa. Apa tu orang kata, nasik dah jadi bubur. Buang masa je fikir lelebih. Yang mampu sekarang hanya doa dan tawakkal, insya allah. Contoh pun kalau aku dapat sesuatu nikmat tu, sedangkan Allah tak redha dengan aku pun, no point right? Sebenarnya aku type entry ni kan, lebih kepada untuk menyedapkan hati sendiri.

Pastu nak la cerita, terharu sangat tengok tadi sensei datang bawak pegang kertas beso tulis kata-kata semangat. Lagi sedih pasal rasa dah tak dapat buat seterbaik yang diharapkan.

Pastu esok start ah cuti seminggu. Apa-apa pun dah diberitahu oleh sensei siap-siap kata Isnin naik cuti nanti akan ada eksperimen Kimia. 楽しみしてる!(fake smile). Apa-apa pun, Diyana, ingat, belajar bukan untuk exam, aim nya ialah ilmu, niat kerana Allah!

No comments:

Post a Comment