Add floating follow and dashboar

Saturday, 2 August 2014

Mood Syawal Katanya..

Alhamdulillah. Selesai puasa, selesai sambut satu syawal. Syukur semuanya cukup.  Beraya di Lubuk Paku, Maran dengan keluarga sebelah ibu. Ramai, daripada keluarga kecil sampailah keluarga beso. Daripada yang kenal sampailah yang aku buat-buat je macam kenal walaupun tak haha. Walaupun dah tua bangka ceni, alhamdulillah masih dapat duit raya uols, siap bila kita pergi beraya ada orang tu tanya, "Tingkatan berapa ni?". Waduhh ternyata wak masih awet muda ya muahahaha.

Tapi topik perbualan raya tahun ni macam banyak berkisar pasal topik kegemaran ramai sehingga menjilat ibu jari jemari kaki gitu, iaitu tak lain tak bukan pasal 'kahwin'. Mungkin sebab sepupu aku bawa balik baby dia plus ada sepupu lagi satu yang otw nak merisik buah hatinya plus makcik aku yang bercerita pasal anaknya yang tak lama lagi akan naik pelamin katanya, dan sebagainya, maka isu 'kahwin' ini menjadi viral dalam keluarga kami. Paling tak tahan bila aku dibabitkan sama. haha sengih jela yang mampu. Takde calon lagi la. Ke nak tolong carikkan memana jutawan Lubuk Paku untuk aku? Boleh jugaa...

Teringat pulak semalam ibu dengan ayah berdebat pasal isu 'kahwin dengan orang Jepun etc'. Isu yang sangat hangat. Kata ayah, "Mintak simpang. Kalau nak jugak suruh dia kursus dulu dengan ayah". hahaha. Ibu pulak kata pahala islamkan orang tu besar. Ehem, mcam sokong je...

Nak terberak gelak. Aduh, baru ingat nak
cari yang 'made in japan'.
macam tak dapek je.. kui3. Sebenarnya semua ni dah ditakdirkan Allah. Ada je orang yang sampai mati tak kahwin, macam2. Lagipun ni bukan fokus utama dalam hidup. Tapi satu lah aku fikir, aku nak ANAK. Tak kiralah anak susuan ke macam mana ke kalau Allah izinkan, I'll be really glad to experience myself how does it feel to be a mum. To hold such an enormous responsibility. To mould a personality to become a successful individual in this world and hereafter, insya Allah. Maybe one, two or even ten children. Who knows? Allah knows.

Cerita dia sekarang, perjalanan hidup aku ni, kalau masih sempat, still a long way to run. Semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk menempuh segala dugaan dengan penuh awesome! Walau kengkadang (macam sokmo je) aku ni lemah..

Oh, happy belated birthday to kak Irah (28/7), bro Nazmi (30/7) and me (1/8). Alhamdulillah dengan izin Allah, ibu dan ayah berjaya melahirkan dan membesarkan bayi-bayi comel lagi gorgeous lagi macho ni sehingga sekarang haha.

ありがとう!言葉で言えないほどありがたい気持ちを持っている!:'D

Dalam kita bergembira, yelah masih mood syawal katanya, jalan lupa nasib saudara se-Islam kita yang sedang diuji di Gaza dan di mana-mana sahaja.
Semoga 'madrasah Ramadan' yang kita attend selama sebulan berjaya membentuk diri kita yang lebih baik untuk mengharungi bulan-bulan seterusnya, insya Allah.

No comments:

Post a Comment