Add floating follow and dashboar

Thursday, 1 May 2014

Hati

Assalamualaikum.

Rilek je Diyana. Tak payah kepoh. Cuba cool dan bertenang sikit. Tak payahlah sikit pun dah gelabah. Sebaiknya diam je, kurangkan bercakap.

"Sesungguhnya dalam diam itu mungkin tidak kelihatan keuntungannya kepada kamu tetapi pasti juga tidak mendatangkan rugi". Maksudnya nak kata yang sekurang-kurangnya dengan berdiam itu mungkin dapat terhindar daripada 1001 macam kemungkinan untuk terjadinya sesuatu yang buruk, yang keluar daripada mulut kita. Kira cara selamat la. 無難な方法. (eh?)


Aku reflek balik kan selama ni yang aku duk bising-bising gelak terbahak-bahak, banyak impak buruk yang dapat, instead of yang baik. Memang tak manis pun kan. Cuba nak ubah benda yang sebati dalam diri aku (ex: gelak terbahak-bahak sambil 騒いでる) memang payah; betul, tapi sampai bila kan?

Ada hadis tu, maksudnya lebih kurang,

"Barangsiapa yang gelak terbahak-bahak, kelak akan dilaknat oleh al-Jabar".

dan satu lagi,

"Jika tidak ada perkara baik yang hendak diperkatakan, maka berdiam diri adalah lebih baik".


Lagipun terlalu banyak gelak kan boleh mematikan hati. Lalai daripada ingat kematian. Bukan tak boleh gelak, tapi ada kadarnya. Tegarnya kita bersenang-lenang berhibur saat saudara se-Islam kita di Rohingya, Syria, Mesir etc sedang ditindas dan dalam kesusahan.

Selain tu, tengok dan buat maksiat juga boleh mematikan hati. Jangan pandang maksiat tu pada benda berskala besar macam zina, mencuri dsbgnya je. Maksiat yang dah sebati dengan kita; ex: mengumpat, mengutuk orang, semua tu pun merosakkan diri kita. Semoga Allah bantu kita yang memang senang sangat terbabas ni.

 Imam Ghazali berpesan, “Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”. Na'zubillah. Mari sesama semak hati kita.




Apa hati kita sedang sakit?

"Di antara tanda hati yang sakit adalah hamba sulit untuk merealisasikan tujuan penciptaan dirinya, yaitu untuk mengenal Allah, mencintai-Nya, rindu untuk bertemu dengan-Nya, kembali kepada-Nya dan memprioritaskan seluruh hal tersebut daripada seluruh syahwatnya. Akhirnya, hamba yang sakit hatinya lebih mendahulukan syahwat daripada menaati dan mencintai Allah" -  http://muslim.or.id/

Maka, sesama juga kita ubati hati kita sekiranya ternyata ia dalam kesakitan.

Berkata seorang ulama, ibrahim Al- Khawas RA: sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut, yang pertama, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandungannya, yang kedua berpuasa, yang ketiga bangun (beribadat) pada waktu malam, keempat menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam, dan kelimanya sentiasa bersama- sama di majlis orang- orang soleh.



"Bila hati hilang fungsi untuk mencintai Allah, sungguh ia lebih sengsara daripada mata yang kehilangan penglihatan dan telinga yang kehilangan pendengaran" - Muharrikdaie


Wallahu'alam.



No comments:

Post a Comment