Add floating follow and dashboar

Wednesday, 19 March 2014

Rahsia? shhh :*

Assalamualaikum.


Entahlah weh. Aku bukannya tak suka sahabat-sahabat aku meluah rasa, bercerita rahsia korang kat aku, tapi.... Idk how should I put this but, imagine. Kalau kau yang tetiba text aku dan beritahu sesuatu, lepas habis kau cerita, baru kau text kata" "Ini rahsia, aku beritau je, jangan beritau orang lain, ok?"

Entah kenapa aku rasa hak asasi aku sebagai 'pendengar' seolah-olah dinafikan. Aku rasa bukankah lebih patut kalau kau terlebih dulu maklumkan yang perkara yang nak kau sampaikan tu rahsia?


Bukan apa, supaya kurang-kurang aku dapat mempersiap mental dan fizikal aku untuk 'hadam' rahsia tu. Takut-takut kalau waktu tu yang mesej dengan kau masa tu bukan aku. Takut-takut telefon aku, terbiar atas lantai bilik, lalu ibu aku yang baca. Takut-takut aku tertidur lalu kawan aku yang 'terbaca' mesej tu. Mesej aku jenis 'popup', terkeluar sendiri, automatik. Aku memang takda mana nak berahsia apa yang aku mesejkan jadi aku tak hairan nak ubah settingnya. Biar begitu, mudah untuk aku yang pemalas ni. mihmihmih.



Lagipun, apa yang kau nampak pada aku? Sampai kau begitu berani mempertaruhkan rahsia kau. Aku bukan tak mahu jadi amanah, Rasulullah sendiri digelar al-Amin kerana sifat amanah dan jujur baginda, bukan aku tak mahu ikut baginda, tapi aku tak jamin takkan bocor mulut jahat aku ni suatu hari nanti. I mean, what do you expect from me? Even I myself have trouble in trusting myself.



Aku pun dah pernah warning kat kau, jangan bagitau benda-benda macam tu kat aku lagi dah lepas ni. Aku anggap kau dah paham. Tapi selang seminggu-dua, kau tambah 'rahsia' baru pula.


Takut. Risau. Khuatir. Kau masih dengan gaya yang sama, cerita semua, baru cakap, "ini rahsia. " *pengsan*

Aku taktau sejauh mana aku mampu simpan. Satu pesan aku, sahabat, untuk diri aku jua, percaya berpada-pada. Mengadu pada Allah lebih baik.. Atau cari sahabat lelaki lain yang sejantina dengan kau , kan lebih molek? Aku perempuan, mulut lazer + suka bergosip aku ni kekadang tak terkawal.

Maaf aku tak mampu cakap sepanjang lebar ni kat depan muka kau sendiri. Tapi aku ingat yang aju pernah katakan jangan percaya aku sangat. Harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan.


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment