Add floating follow and dashboar

Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih hidup lagi. Sempat merasa 12 Rabiulawal 1435H. Rata-rata kita tau Rasulullah S.A.W lahir pada tarikh ini, bahkan turut wafat pada tarikh 12 Rabiulawal. Tapi data-data dan sejarah yang seumpama ini bukan sekadar untuk dihafal, malahan juga untuk dihayati dengan sepenuhnya. Betapa pengorbanan Nabi Muhammad, betapa kita perlu akan syafaat baginda dan sebagainya. Mari kita curi sedikit masa, dalam kita mendapat cuti harini kan, untuk menyelusuri sirah baginda serba sedikit. Paling tidak pun banyakkan berselawat. Bukan setakat harini je, hari lain pun, insya Allah.

Sama-sama juga kita muhasabah diri, apa kecintaan kita terhadap Allah, Rasulullah dan Islam semakin bertambah, atau merudum? Kalau kita boleh rindu akan kekasih hati yang jauh, bagaimana pula rindu terhadap Rasulullah?

Sebagai selingan cerita, semalam sensei jepun tanya kitorang,

"明日は休みですね。ムハッマドの誕生日?誰かなあぁ、皆の神様ですか。その日何をしていますか。おいのり?"

basically, dia nak tau siapa Muhammad S.A.W dan apa yang kita buat untuk menyambut Maulidur Rasul. Aku agak terkilan kerana atas kekangan bahasa jepun kami yang masih asas, tak dapat nak terangkan dengan terperinci.

Tapi pertanyaan yang satu ni,

"ムハッマドの誕生日?ケーキを作ったり、誕生日の歌を歌ったりする?"

"いいえ。そんなことをしません"

(゜.゜;

Dia tanya adakah kita buat kek dan nyanyikan lagu untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah.....

Tanggungjawab kitalah untuk memperkenalkan Islam kat depa ni. Lagipun sensei Jepun ni kontrak, lepas 3 tahun, balik. Rata-rata daripada mereka berminat dengan budaya dan makanan Malaysia. Mungkin kita boleh mulakan usaha dakwah secara berperingkat-peringkat. Hmm. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment