Add floating follow and dashboar

Friday, 10 January 2014

Batch 31 RPKJ

Assalamualaikum.
Cuak. Aku yang cuak. Kouhai AAJ yang takda kat tempat senpai batch 31 sesi 12/14 pun terasa cuak.
Pasai pa?
Harini dah pun selamat diumumkan keputusan yang menentukan sama ada perjuangan dua tahun para senpai dekat AAJ melayakkan mereka untuk menjejakkan kaki ke bumi matahari terbit atau tidak. Aku sampai sekarang tak tau perkhabaran sebenar, berapa yang goukaku ke apa tapi aku rasa baik aku tak payah tau dulu. Pasal aku, dengan pikir pasal hari ni je pun dah cukup buat aku cuak, taktaulah sanggup tak aku nak tau result yang sebenar. Aku tak mampu lagi kot.. (;・∀・)
Didoakan semoga semua redha dengan keputusan yang telah diperolehi, insya Allah.
Tapi benda yang paling duk buat aku kecut perut ialah bila pikiaq aku and the gang batch 32, next year dalam bulan 1 macam nilah jugak, akan menghadapi perkara yang sama. Mampu ke kami redha dengan keputusan tu? Mampu ka kami buktikan usaha jihad kami menuntut ilmu kat AAJ selama tu berbaloi? Mampu ka aku buktikan aku tak salah keluar dari UPM dulu dan mai masuk AAJ. . ? 
Insya Allah kami mampu. Yakinlah Allah sentiasa bersama kita wahai sahabat!
頑張らなければならきゃ!
皆、一緒に、合格するために!
'`,、('∀`) '`,、

No comments:

Post a Comment