Add floating follow and dashboar

Monday, 11 November 2013

Self Control

Ada apa dengan kawalan diri? Adakah sama seperti kita mengawal stereng semasa memandu? Atau pasukan Kelantan yang mengawal asakan bola daripada pasukan Pahang pada perlawanan bola sepak yang lalu? (oinkoinkoink :3)



Aku melihat diri aku sekarang sebagai individu yang agak kurang mampu mengawal diri. Aku sukar mengawal nafsu makan, nafsu amarah, nafsu main-main-tak-mau-belajar dan pelbagai lagi. Perkara yang mensadiskan di sini ialah setelah aku melakukan sesuatu 'yang diluar kawalan' itu maka aku akan menyesalinya lalu merasakan diriku ini begitu bodoh bebal bingai dan sewaktu dengannya. Aku akan rasa, "Ish, kalau lah aku kawal diri tadi, kalaulah aku tak buat....." and lots of other unnecessary 'ifs'



Kawalan diri yang baik sememangnya amat penting, terutamanya kalau diri kita dah berjauhan dari orang yang mampu 'mengikat' dan 'mengawal' kita, contohnya ibu bapa dan keluarga. Selain itu, tambahkan juga semangkuk perasaan takutkan Allah ke dalam adunan kita tadi, 10 camca besar iman dan amal, atau mungkin lebih lagi mengikut keperluan masing-masing (kunun nak buat kelas masakan padahal tak reti mana pun masak lalala~)



Contohnya sekarang gejala couple dalam pelajar. Bukan nak kata aku suci tak pernah tersyok kat orang ke apa tapi berdasarkan apa yang nampak dan apa yang terdengar, tak payah jauh lah, dalam UM ni sendiri pun, ada pelbagai kes yang boleh kita ambil iktibar. Contohnya dekat kawasan Kolej Kediaman ke-12, ada pelajar melaporkan ternampak pasangan sedang bercium di malam yang pekat likat umpama kopi o (cam tak perlu jee....) Oklah husnuzon tu mungkin pokok je kot yang berbentuk macam orang sedang buat projekss. Semoga Allah menjauhkan kita daripada maksiat, amiinnn.


Lagi satu, contohnya budaya yang terlekat kat student zaman sekarang (mungkin aku juga termasuk T.T), ialah melepak. Every week kalau boleh nak muka kita jelahh kat mall tu, kat pawagam tu. Bukan nak kata tak boleh, tapi berpada-padalah, kawallah diri selagi boleh. Fikir berapa banyak masa yang terbuang, wang yang 'tersengaja belanja'....... Kalau bagi aku, masalah utama kalau dah masuk mall, pantang tengok perkataan 'SALE' dengan makanan. Peehhhhhhhh, memang tergugat iman wa cakap sama lu hmmppp.



Satu lagi bab kawalan diri yang ingin disentuh serba sedikit ialah mengenai sifat amarah. Aku tahuuuu aku 'kurang' sabar (macam banyak tak sabar je?). Betul banyak buruknya sifat suka marah-marah ni. Sorry kengkawan yang pernah jadi 'mangsa' gua heeeee m(__)m


ni ada doa, untuk kita sama-sama amalkan




Artinya : " Aku berlindung dari kepada Allah dari syaitan terkutuk . Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk






Kesimpulannya, dalam hidup, kenalah banyak mengawal diri untuk mengelakkan menjadi Pencinta Makanan seperti aku. he heh he








No comments:

Post a Comment