Add floating follow and dashboar

Monday, 11 November 2013

Selamat Tinggal UPM ku Sayang, Konnichiwa AAJ

Alhamdulillah.

.............................................................................................................................................................
Sejak post aku yang terakhir pasal interview Program Khas ke Jepun JPA tempoh hari, aku memang dah tak bernafsu nak type apa-apa entry bahkan pernah terfikir nak delete je blog ni (sebab rasa cam semak dan uselessssssss je). Entah kenapa pada hari ke-4 cuti selama seminggu ini aku tetiba 'berilham' untuk mula terjebak kembali dengan 'gejala' ini.


Sebenarnya......





Syukur kepada Allah, aku diberikan peluang untuk bertungkus-lumus memerah hotak di sebuah 'syurga dunia' (atau lebih dikenali dengan perkataan antonimnya yang mana aku tak sanggup nak sebut errr...)

Tempat tersebut ialah Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya.


Sebenarnya, apa yang aku mohon tempoh hari (hari ke, macam dah berbulan je?) ialah program diploma tapi syukur, aku ditawarkan program Ijazah di universiti kat Jepun (Insya Allah, kalau lepas kat RPKJ ni lahhh, kalau tidak.... nauzubillah). So, masa aku check kat link semakan Program Diploma JPA tu, aku tak dapat. Well, memang sedih tapi macam tak sedih (paham tak?). Lebih kepada lega. Aku macam lega sebab tak payah nak 'tinggalkan' UPM (blah lah kau Diyana, dulu kau yang beria-iya nak 'berhambus' sangat dari UPM kannn lolzz). Bajet.


Maka, aku pun menghabiskan lah masa dengan study, maklumlah masa tu tengah exam apa entah lupa pulak namanya --'. Tetiba pepagi buta jam 0405 lebih hari Jumaat, bulan Jun, hati aku terdetik untuk semak kat link yang JPA punya, tapi yang degree punya (yang mana aku tak mohon). Tetiba line macam sangkut, so aku fikir "Hmmm melawak ah kau Diyana, tak mohon ada hati mau check pula. Dah dah tutup jelah netbuk tu" Tetiba jari aku gatallllll je menekan 'refresh' lalu memaparkan. "TAHNIAH. PERMOHONAN ANDA bla... bla... bla" (aku pun dah tak ingat camna ayatnya. Camtulah kot lebih kurang. Tandanya berjaya.)



AKU TAK PERCAYA. Aku rasa macam line tu ada masalah ke apa-apa lah. Serius. Aku refresh banyak-banyak kali. Aku tengok tarikh mendaftarnya, mak aii gilooo hari Isnin, lagi 3 hari je?!!


Mana nak pikir lagi, nak buat keputusan sama ada nak pergi atau tak semua,,,,,,,,,


Mana nak settle print borang, sahkan lah bagai, ambik gambar, urus pembayaran akademik, checkout asrama kolej, macam mana kau nak buat dalam masa satu hari je? Gilaaaa. Tapi Allah tolong.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan, wahai Diyana? Perkara yang nampak mustahil buat dalam satu hari, Allah permudahkan. Tapi aku masih merungut tak sudah. Masuk UPM, nak keluar UPM (padahal tempat tu dah ok jeee kan, kalau korang dapat lah Asasi Sains Pertanian UPM, masuk dohh serius, lagi2 yang program fast track punya, insya Allah kalau belajar bersungguh-sungguh, takkan menyesal punya) *aku akan buat entry pasal ASPER nanti, insya Allah hehhehe. kalau rajin*

Sekarang dah dapat rezeki kat AAJ, masih nak merungut lagi? Tak tau malu namanya tu



Aku tak sangka akan diberikan peluang camni. Ini serius. Kat interview aku tak dalah menyerlah cam apa sangat pun, sungguh ni macam rezeki datang bergolek, berguling, kuak lentang dan sebagainya.


Rekod aku kat SESERI dulu pun takdalah 'berkepimpinan', 'aktif' ke 'berwawasan' ke hapaa. No no no no. Aku hanya main tenis etc bersama Nabihah Zulhairi, Iman Immara dan rakan-rakan lain sewaktu petang selepas prep secara amatur tanpa komitmen demi tampil bergaya di hadapan junior-junior yang lalu lalang di kawasan tersebut (motiifff? abaikan). Mana ada aku masuk sukan wakil sekolah, ke daerah ke negara ke planet ke hapaa...
Serius.


RPKJ (Rancangan Program Khas ke Jepun) ni lebih kurang lah kot macam program IBT, JAD dan sebagainya, yang tujuan utamanya adalah untuk mempersiapkan para pelajar Malaysia untuk belajar ke universiti-universiti di Jepun. Mahu lebih tahu? Google. haha.


Kitorang sekarang baru 1 minggu masuk Semester 2. Jadi, pembelajaran subjek sains; Matematik, Fizik, Kimia dah mula dalam Bahasa Jepun sepenuhnya. Kalau dulu Semester 1, pensyarah-pensyarah PASUM (Prog Asasi Sains Universiti Malaya) yang ajar dalam BI dan BM. Haaaa, sekarang tadah jelah telinga donga Sensei Jepun tu ngajor walaupun kurenggg paham. (Yaa, aku punya pendengaran untuk subjek Jepun agak lemah. Jangan salahkan aku kuang kuang). Agak culture shock juga kami sekalian hmmm. Tak percaya? Tak caya sudah lalala~




Saat ini pula kami sedang menikmati seminggu cuti; bersama pakej homework, setiap subjek sebuah buku untuk disiapkan setiap satu. Jangan dilupakan kerja nihongo spt biasa iaitu 'belajar sebelum' dan 'belajar selepas'. Hmmm 'tu je' kot. Tak dalah banyak sangat. Hahahahaha. Har har (gelak hambar)


Para senpai pulak baru habis semalam EJU, exam untuk admission ke universiti Jepun, or sth like that. Memangg dahsyat sekali, aku tabik diorang sebab berjaya mengharunginya tanpa menjadi gila (sebab aku taktau lah aku mampu ke tak buat..........)




Adik aku and the 96's gang ado SPM. Buat elok2 ya adik-adik nanti apply masuk UPM.  ^^

Oh ya, jangan lupa mohon masuk RPKJ juga, hihihi lupa pulaaa

No comments:

Post a Comment