Add floating follow and dashboar

Thursday, 14 November 2013

Kenapa 'Pencinta Makanan'. Motif?

Assalamualaikum.

Kenapa lah pakai nama Pencinta Makanan. Macam bajet jeeee, macam poyo je, macam shakaiiiii jee. Ntah pape ntah, nama mak ayah dah bagi sedap duk taruk nama merepek ni, padiaaaaaaaaa (trademark roommate aku Aishah Muhsin XD)


Hmmmm.


Ada aku kesah? Haha. Memang takda motif pun. Sebenarnya masa aku Form 3, ekoran aku hendak menyembunyikan diri kerana tidak mahu rakan-rakan bertanyakan mengenai keputusan PMR ku, maka aku mengambil keputusan drastik dengan menukar nama akaun Facebook ku kepada Pencinta Makanan. Tadaaaa. Haa, tulah rahsia kelahiran dan kemelekatan nama akaun tersebut, sehingga ke hari ini.



Tapi lepas 'scene' PMR tu reda, aku dah tak pakai nama ni, aku taruk balik cantik-cantik nama pemberian ibu dan ayah. Kemudian, semasa di UPM, kerana stres belajar (somehow aku rindukan kestressan ini huahua) jadi aku pun kembali dengan nama ini. Aku suka pakai nama ni pun dulu sebab aku ada niat lain
 -----> Nak troll orang. Ya, memang gila. Tapi seronok (y)


..................................................................................................................................................................


"Tukaqlahhh, bubuh nama 'Pencinta Allah' ka 'Pencinta Rasul' ka, kan lebih baik?"

Aku takut pengunjung (ada ke? krik krik krik) blog aku yang tak seberapa ni akan mengambil serius akan entri-entri yang aku post, lalu mengambilnya sebagai sumber rujukan. Aku tak berani nak sampai tahap begitu sekali kerana blog ini hanyalah bersifat peribadi, jadi pandai-pandailah buang yang keruh ambil yang jernih yaa sahabat sekalian. Aku risau nama yang sebegitu akan memberikan 'tanggapan pertama' yang 'sebegitu' sekali oleh 'insan-insan yang terpilih' untuk membaca blog aku (haktuiihhh, cam spesial sangat je errrrr -.-)

Ya, aku mengaku aku seorang yang tak berani aka PENGECUT. Puas hati? :D


Kat FB pun aku taruk nama sebenar aku kat dalam kurungan tepi nama Pencinta Makanan. Anyone who feels like tagging me in their posts by using my real name instead of Pencinta Makanan, of course you may do so.




Sesungguhnya aku manusia yang khilaf, jika aku silap, perbetulkan lah aku~


No comments:

Post a Comment