Add floating follow and dashboar

Sunday, 3 June 2012

Bersyukur :)


Assalamualaikum,


Benda ni memang selalu disebut-sebut sampaikan ada antara kita yang dah naik luak muak, betul tak? :D
Masalahnya benda nilah yang sama ada secara sedar atau tak kita semua, terutamanya aku ada abaikan dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang kita tak sengaja ‘ter’mengeluh dan sebagainya.

. . . . . . . . . . . . . . . .

iklan darlie jap. Subhanallah cantiknya gigi dia kan? XD


Contohnya aku pernah mengeluh pasal hidup aku. Yela, takkan mengeluh pasal hidup Pak Awang lorong sebelah kott. Aku pernah stress pasal kawan aku. Dia ni nampak macam main-main tapi fuhhh keputusan periksa gempak gila babi nak mati. Mulalah dalam otak aku dok kutuk diri sendiri bodoh la, apa la. Dah tu member aku yang sorang lagi ni pulak, aku tengok dia happy dengan life dia, jalan sana, jalan sini, dedah sana, dedah sini, huhahuha, tuhh bak tang result dia pun tak kurang mantop jugak. Aku tak dengki dengan depa tapi aku rasa rendah diri. *Definisi dengki: iri hati dengan niat nak menjatuhkan. Alhamdulillah setakat ni aku tak dijangkiti penyakit PHD lagi. ;) Aku bangga sebab ada Melayu yang berpotensi kalahkan non-Malays aka non-Muslims kat sekolah aku TETAPI aku terasa bodoh jap plus diri aku yang ‘kerdil’ lagi lifeless ini. Duhh..

Jadi kawan-kawan, bagus ke perangai aku nih? *Mak Temah dok geleng-geleng kepala nampaknya kat hujung sana nuhh* Yee, aku sedar aku silap. Setelah ditarbiyyah oleh beberapa hamba Allah di pesbuk melalui status-status mereka yang membina (terima kasih Allah dan hamba-hambaMu yang baik). Sebab tu kita kalau masa hebat ke apa kena ingat ada orang lagi hebat, pastu kalau susah kena ingat ada orang lagi susah. Kalau nak nilai nikmat Allah tengok orang kat bawah kita, kalau nak nilai kehebatan diri sendiri tengok orang kat atas kita. :D

Aku kalau doa selalu nak cepat-cepat dapat. Aku tak pernah terfikir sepatutnya kalau nak bagi adil, aku nak doa terus dapat maknanya aku tak kisah kalau nak dosa yang bertan-tan aku buat selama ni Tuhan bayar cash, cenggitu ke? Adoyai mati aku weihh kalau betul Allah bayar cash semua. ==’

p/s: Korang pernah tak terdetik kat hati’ “Bajet bagus je minah ni nak tegur orang” kalau ada yang nasihat ke arah kebaikan? uh, okayy saja tanya. ;P


. . . . . . . . . . . . . . . .

No comments:

Post a Comment