Add floating follow and dashboar

Wednesday, 28 December 2011

SEKOLAHKU SYURGAKU?!

okengggg, assalamualaikum semua. ^^" sempena dah nak habisnya cuti dan dah dekat yang terrrrramat sangat nak menuju semula ke gerbang persekolahan, *ayat seghupa apa sudaa --'*, tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh segenap insan yang bergelar pelajar di seantero Malaysia, iaitu KEMBALI KE SEKOLAH. lekk  lu, chill.. jangan ingat saya nak mengupdate mengenai betapa bencinya saya  nak balik sekolah, bla..bla..yadda..yadda. TAK.


Terutamanya bagi saya yang dah nak mengadap SPM, sijil paling mudah la katakan, MUNGKIN balik sekolah tu penting untuk menjalankan kerja2 penyelenggaraan dan pembersihan dalam otak saya yang dah sebulan bersawang dan sudah dihuni oleh berbagai-bagai primat pelbagai spesis tak terkecuali homo sapiens yang handsome2 belaka iaitu spesis mamat jrocker.. dan pelbagai anasir negatif lain serta tak dilupakan 'impurities'...



TAPI, penting saya tekankan kat sini bahawa sebab musabab utama yang mendorong saya untuk bersemangat ke sekolah dan asrama sebenarnya ialah = TIADA




TAPI, kerelaan saya untuk ke sekolah lebih terjurus dek kerana saya tiada perasaan benci pun pada sekolah tempat saya menuntut ilmu, (sama ada sekolah sekarang ataupun dulu). BENCI TAK, SUKA SANGAT PUN TAK JUGA. Cuma malas nak hadirkan perasaan benci dalam hati ni dan akan menyebabkan mulut saya yang taklah lazer sangat, setakat taraf Azwan Ali ni, membebel dan mengutuk tempat saya menuntut ilmu. Bukan apa, takut berkat ilmu tu kurang. >,<   (oke, bukan la nak kata aku tak pernah buat sebelom ni kann :P)





Nasihat kepada kawan2 semua (dan diri saya yang lemah ni) yang kot2 adalah bibit2 atau sekelumit perasaan benci kat sekolah:
-dah nak SPM jadi keberkatan tu penting :)
-tak payah la kita penat2 tambah dosa kering
-LASTLY, nanti dah habis sekolah kita juga yang bising cakap rindu kat sekolah, percayalahh :;D


OOpsssi, nyah terlupa pulak nak bagitau sekolah kat mana, hmmm, takpela lain kali insyaAllah nyah kasitau.. HAHAHA


entry ni saja2 takda sebarang niat serong apalagi menyerongkan *peace*

No comments:

Post a Comment